Rabu, 28 Januari 2009

Serah terima tugas...




Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah (PKPK), Mesir di antara Ustaz Zakaria B Othman dan Ustaz Yusoff B. Ahmad telah berlansung pada 22 Januari lalu di Pejabat Kedutaan Besar Malaysia Kaherah yang turut disaksikan oleh Wakil Duta Malaysia Di Mesir Encik Mohd Puzi Dahman (Kaunselor Kedutaan Besar Kaherah Mesir).

Segala jasa, buah fikiran, sumbangan material, gerak kerja yang telah dilaksanakan bagi meningkatkan mutu, kualiti akademik & berorganisasi anak-anak Kedah, Mesir semasa beliau memegang jawatan PKPK amat dihargai dan dikenang dalam ingatan mahasiswa/wi Kedah , Mesir dan akan termaktub dalam lipatan sejarah MKKK.

Kesinambungan itu akan diteruskan oleh Sheikh Yusoff B. Ahmad (Penolong Pendaftar Sekolah-sekolah Agama Kedah, JHEAIK) yang secara rasmi telah menerima perlantikan daripada Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman melalui
surat Dato’ Wira Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman yang ditujukan kepada Ybgh. Dato’ Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman; yang meminta perlepasan agar beliau dibenarkan bertolak ke Mesir untuk urusan terima dan serah tugas daripada Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah Mesir, Ustaz Zakaria Osman.

Pada 25 Januari lalu, Ust. Yusoff bertolak semula ke tanah air untuk urusan yang perlu diselesaikan beliau untuk persediaan ke sini.Beliau dijangka mula bertugas secara rasmi pada akhir bulan Februari akan datang.

Manakala Ustaz Zakaria Osman akan kembali bertugas di Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH), Kedah.Sebelum ini beliau adalah Ketua Penolong Pendaftar kolej universiti tersebut.

Apa pun selamat bertugas buat keduanya.

Tiada ulasan: