Rabu, 15 April 2009

Surat Makluman.....


Antara isi kandungan surat tersebut.


Malam Rabu lalu, semasa berbual dengan sahabat, saya ada maklumkan kepadanya" esok ana nak pi safarah".Terus dia jawab "tuk misi kemanusiaan lah tu".

Alhamdulilah pada Rabu lalu saya dapat berjumpa & berbincang dengan Dr. Jamil, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah di Bilik Tamu pejabatnya.Walaupun secara ringkas, sempat saya memaklumkan padanya beberapa maklumat & masalah berkaitan pengiktirafan graduan Muadalah 3+1 INSANIAH yang sedang berlaku sekarang.

Antara lainnya saya nyatakan kronologi seperti berikut :

  • Perjanjian (MOU) Diploma INSANIAH bagi kursus Pengajian Islam dalam bidang Bahasa Arab, Usuluddin & Syariah telah tamat pada bulan September 2008.Untuk pengetahuaan semua Diploma INSANIAH satu ketika dulu hanya tidak diperakui oleh IPT tempatan tetapi hanya diterima di Universiti Al-Azhar sahaja.
  • Oleh yang demikian sebarang perjanjian baru tidak dapat disambung kembali kerana Perjanjian Muadalah atau sistem pengajian 3+1 dengan Universiti Al-Azhar dengan Institut Pengajian Islam di Malaysia telah tamat pada April 2008.
  • Bermula bulan September 2008 mana-mana graduan hasil daripada sistem Muadalah 3+1 INSANIAH yang ingin membuat urusan pengesahan ijazah tidak dapat dilproses oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi.Antara sebab yang diberikan oleh pegawai tersebut adalah kerana Perjanjian Muadalah 3+1 INSANIAH telah tamat pada September 2008.
  • Pegawai berkenaan meminta agar graduan yang terlibat supaya merujuk kepada pihak INSANIAH.
  • Hasil daripada itu, pihak Hal Ehwal Akademik(HEA) INSANIAH telah mengumpul nama-nama mahasiswa yang masih lagi menuntut di Universiti Al-Azhar maupun yang sudah bergraduan.Urusan tersebut diuruskan oleh En. Abu Zar B. Ahmad Hafidz.Senarai nama tersebut telah diangkat kepada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia seawal bulan Mac lalu.Bagi mendapatkan pengecualian untuk pengiktirafan tersebut.
  • Sekarang, hanya jawapan balas daripada pihak MQA menjadi kata penentu dalam pengiktirafan tersebut.
Saya juga memohon sokongan Pengarah JPMK untuk Surat Makluman Senarai Nama Mahasiswa yang telah dihantar melalui email pada pagi 16 April kelmarin.Surat tersebut melampirkan tambahan senarai nama mahasiswa yang tidak tersenarai walaupun mereka sudah menghantar senarai nama pada pihak terlibat pada bulan Februari lalu.

Saya faham setiap perkara & jawapan mesti melalui prosedur atau proses tertentu dalam membuat keputusan.Begitu juga dengan pihak MQA, mereka juga perlu mengikut prosedur khusus dalam memberikan jawapan balas.Secara rasminya jumlah keseluruhan pelajar INSANIAH dalam senarai tersebut 121 orang termasuk jumlah 8 orang yang ditambah kelmarin akibat nama mereka tercicir dari senarai.

Saya juga ada memaklumkan kepada Pengarah JPMK sekiranya graduan tersebut lambat menerima pengiktirafan berkemungkinan mereka juga ada potensi untuk sukar mendapat pengesahan jawatan kerajaan mengikut tangga gaji ijazah maupun memohon sebagai penjawat awam yang berkelulusan ijazah.Akibat daripada ijazah yang tidak diitiraf.

Tetapi majoritinya masih lagi menuntut di Universiti Al-Azhar.Saya juga dari kalangan mereka.Sekiranya ijazah ini masih tidak diiktiraf.Adakah perah tenaga, kewangan, harapan, & cita-cita adalah satu yang sia-sia?Jawapannya ada pada sahabat pembaca.Secara peribadi khusus pada mahasiswa yang terlibat, buat masa ini pemfokusan yang amat perlu kita tumpukan pada peperiksaan akhir yang bakal menjelang pada tengah Mei ini.Buat yang terbaik dalam peperiksaan kali ini.

Kerana apa saya dedahkan perkara ini?Jawapannya mudah entri kali ini satu info buat sahabat terlibat hasil perjumpaan saya bersama Pengarah JPMK kelmarin.Tidak terniat di hati saya untuk memburuk mana-mana pihak atau mencemaskan para mahasiswa terlibat.Iannya sekadar maklumat.

Saya bukan orang yang suka menyimpan berita bersendirian, bukan juga tukang kipas sana sini, bukan juga suka hidup individualistik.Tetapi saya diasuh untuk berkhidmat pada semua.Itulah yang didikan ketika berpesatuan baik ketika di Al-Maad, Perlis, di Kolej Universiti Insaniah yang suatu ketika dulu dikenali Institut agama Islam Negeri Kedah (INSANIAH) maupun di sini.

Saya tidak diajar untuk bermusuh dengan orang.Tetapi saya dididik untuk mendekati semua orang jadikan mereka sebagai mad'u dakwah.

Saya pernah menerima lawakan daripada seseorang "tu la, klo sambung kat INSANIAH pun dah abih!".Selain yang berbunyi "tu la, xmau sambung sini, haa skang kan jadi begini".

Terus saya jawab "ni bukan nak sambung tak mau sambung, tapi sudah rezeki kami di sini menuntut imu di sini".

Ada lagi ayat-ayat yang kami terima tetapi biarlah ianya menjadi rahsia di sanubari.

Alhamdulillah Dr bersetuju untuk memberi sokongan.Akhir perbincangan saya saya momohon nasihat daripada Pengarah JPMK sekiranya jawapan yang ditunggu masih tidak terjawab dalam sebulan dua dari sekarang.

Jawapan Dr ringkas " jika dah dapat pengiktirafan nanti, tolong maklum pada saya.Sekiranya masih belum dapat juga, tolong maklum pada saya.Pihak JPMK akan menulis surat pada KPT".

Saya mewakili semua mahasiswa & mahasiswi terlibat mengucapkan penghargaan terima kasih kepada Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah di atas kesudian melapangkan masa untuk berbincang mengenai masalah ini.Begitu juga buat En Mohamad Sayuthi, Penolong Bahagian Hal Ehwal Akademik, En. Abu Zar & Sdr. Mohd Syafiq dalam menguruskan permasalahan kami sehingga ianya telah diajukan kepada pihak MQA.

Akhir sekali, Allah jualah yang dapat membalas jasa kalian.Doa kami semoga proses pengiktirafan tersebut dapat diluluskan dengan kadar segera buat kemaslahatan bersama.Misi kemanusiaan? Saya pula suka menggunakan cogan" misi khidmat siswa"....

Selamat menghadapi peperiksaan akhir semester.....

Tiada ulasan: