Khamis, 23 April 2009

Diam tanpa bicara...


Bukan semua teguran kita akan disapa.Tidak semua soalan kita pasti dijawab.Bukan selalu kiriman kita akan dibalas.Kekadang bicara yang kita lontarkan hanya menunggu sepi yang ditiup angin lalu.Sunyi tanpa rangkap ungkapan kata.Biasalah manusia.Tatkala sibuk dalam kehidupan harian membuatkan diri terlupa pada sesuatu.

Itulah manusia, tatkala saat sukar dalam kehidupan barulah mula belajar mengenali diri.Berjinak-jinak untuk bertegur sapa.Satu kebiasaan pula jika sudah menyepi saat dalam kesunyian.Masalah yang dihadapi terkadang malu untuk berkongsi dengan siapa-siapa.Akhirnya ianya makan diri sendiri.Kesudahannya timbul masalah yang tiada penyelesaian.

Bagi yang saling memahami masalah persekitaran ianya amat memudahkan penyelesaian haru-biru yang berlaku.

Tatkala peperiksaan semester akhir yang hanya akan tiba beberapa hari lagi.Saat itu lagi penting buat sejarah hidup yang bakal terlakar.Walaupun hanya sekeping kertas "Syahadah Asliah".Tidak mengapa.Itu tanda pembuktian tatkala masih di alam mahasiswa.

Biasalah tatkala satu saat bagaikan emas, di situ kita kan diuji.Bukan senang untuk menggapai kejayaan.satu kemanisan jika tercetusnya kejayaan dari jerit payah kita sendiri.Selamat menghadapi peperiksaan kali ini.

Tiada ulasan: