Ahad, 15 Mac 2009

Selamat Pengantin Baru...

Aah, ni bunga teratai ala kertas tisu...Saja buat khas untuk pengantin....
Kenangan bersama sahabat di hadapan hantaran di pihak pengantin lelaki & perempuan.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaranNya bahawa Dia ciptakan (jodoh) untuk kamu dari dirimu sendiri akan isteri-isteri agar tenteram kamu kepadaNya dan dijadikan di antara kamu cinta mencintai dan berkasih sayang.Sesungguhnya pada yang demikian itu tanda-tanda bagi kamu yang memikirkan"- Ar-Rum ayat 21.

Selamat pengantin baru didedikasi khas buat Ustaz Abd. Latif B. Ahmad dan pasangan beliau Ustazah Hakimah Bt. Zakuwan yang bakal diijabkabulkan beberapa jam lagi dari saat ini.Majlis Aqdu Qiran ini akan berlangsung di Musalla Kedutaan Besar Malaysia Kaherah jam 10 pagi, 19 Rabiul Awwal 1430 bersamaan 16 Mac 2009.
Manakala Majlis Kenduri meraikan mempelai akan diadakan di Rumah Perlis Hayyu Sabieq pada hari yang sama dari jam 1 petang - 4 petang.

Didoakan agar kedua pasangan inni bahagian di dunia & akhirat, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan Allah segala urusan mereka, amin.

Tiada ulasan: