
Setelah saya meneliti iklan yang telah dikeluarkan oleh Setiausaha kepada Ketua Hal Ehwal Akademik Universiti Al-Azhar, Ustaz Ahmad Husain Hasan Saqor berkaitan Sukatan Hafazan Al-Quran selepas peperiksaan semester lepas.Dapatlah dibuat kesimpulan bedasarkan pada surat bertarikh 21 Januari lalu bahawa mahasiswa yang najah / mustajid maka sukatan mereka seperti sukatan yang baru diperkenal pada tahun lepas iaitu:
Tahun 1 : 1 juzu'
Tahun 2 : 2 juzu'
Tahun 3 : 3 juzu'
Tahun 4 : 4 juzu'.
Sukatan lama bagi pelajar (wafidin).
Tahun 1 : 2 juzu'
Tahun 2 : 4 juzu'
Tahun 3 : 6 juzu'
Tahun 4 : 8 juzu'.
Tetapi bagi mahasiswa yang mengulang (ia'dah) matapelajaran Al-Quran ianya tetap seperti sukatan lama.Sebagai contoh jika individu mahasiswa itu mengulang Al-Quran di tahun 4 maka sukatannya seperti yang lama iantu 8 juz'.
Apa pun kepada yang berkenaan sila merujuk perkara tersebut kepada Bahagian Akademik di (syu'un) kuliah masing-masing.
Apa pun masa untuk menggapai kejayaan masing terbentang luas buat kita untuk melakar kejayaan bagi semester ini.
Sekian dimaklumkan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan