Rabu, 12 Ogos 2009

Kawad takziah.....


Untaian Al-Fatihah di atas kembalinya Almarhum Ustaz Asri Ibrahim (Ketua kumpulan nasyid Rabbani) , 40, Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung, lapor laman web Berita Harian.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat serta ucapan Takziah buat ahli keluarga Allahyarham agar diberi kekuatan & ketabahan.

Tiada ulasan: