Khamis, 12 Februari 2009

Teka-teki...?



Pagi Isnin lalu sempat saya menjenguk entri Bakal Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah (Mesir), Ustaz Yusoff B. Ahmad.Di bawah tajuk "masih teka-teki" berkaitan jawatan beliau.Walaupun telah menghadiri Majlis Serah Terima Tugasan PKPK daripada mantan pegawai yang lalu, Ust. Zakaria tetapi sehingga tarikh 2 Februari lalu Ust. Yusoff belum lagi menerima memo /surat tawaran daripada Bahagian Sumber Manusia Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
(http://syeikhyusoffahmad.blogspot.com/2009/02/masih-teka-teki.html)

Dalam masa yang sama di entri blog beliau bertarikh 5 Februari ada menyatakan bahawa Ustzah Nawal Bt. Nawawi iaitu isteri beliau baru sahaja dilantik ke jawatan Pengetua Maktab Mahmud Pokok Sena yang dulu dikenali Madrasah Raudhatul Ulum, Langgar.Setelah setahun sekolah tersebut tidak berpengetua.

Secara peribadi saya doakan semoga Allah memudahkan urusan Ustaz Yusoff dalam melaksanakan tugasan.Jika ada rezeki dapat jualah surat / memo tersebut.Cumanya mungkin dalam urusan terakhir untuk pengesahan jawatan.Buat Ustazah Nawal diucapkan "Selamat Bertugas" sebagai pengetua.

Bagi saya warga mahasiswa/wi Mesir sedia menerima sesiapa sahaja bakal Pegawai Kebajikan Pelajar Kedah (PKPK) yang dihantar oleh Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Tiada ulasan: