Selasa, 26 Ogos 2008

Avril Lavigne...satu penilaiaan...buat artis Malaysia



Tanda-tanda kiamat..itu dapat saya katakan, dalam kita asyik berdoa.."Ya Allah berkatilah Kami dalam bulan Sya'aban, dan sampaikanlah kepada kami bulan Ramadhan".Ada juga manusia yang masih lagi memikir tentang mahu berseronok dengan konsert ala barat.Persoalannya, mamanda Perdana Menteri ada mengisytiharkan bahawa Sambutan Kemerdekaan Ulangtahun Kemerekaan ke 51 akan disambut secara sederhana pada tahun ini.Saya tidak pasti kenapa, adakah disebabkan iklim politik, prk P44, Islam Hadhari, faktor bulan puasa atau sebaliknya.Bagi saya, kenyataan PM boleh dipandang secara positif.

Tetapi hairan, 11 Ogos lalu ada permohonan kepada DBKL & Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem & Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).Pada mula konsert si Minah Avril ini telah dibatalkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian & Warisan pada 20 Ogos lalu.Tetapi entah mengapa Mek Kanada ini dapat pelepasan dari jemaah Menteri untuk mengadakan konsertnya.Berdasarkan jawapan menteri berkenaan menyatakan bahawa kabinet meluluskan konsert itu mengikut budi bicara.(utusan, 26/8/08).

Budi bicara apa?Nak jaga hati Mek ni & penganjur yang buat promosi sebelum membuat permohonan pada PUSPAL atau nak jaga hati umat Islam Malaysia yang akan dihina tatkala sambutan Ramadhan.Bagi saya ini satu penghinaan untuk kita yang mencintai Allah & Junungan Besar Saidina Muhammad s.a.w.

Oleh kerana Ramadhan dikenali sebagai الشهر العظيم ( bulan yang penuh kebesaran & kemuliaan), hairan bagaimana pimpinan Islam Hadhari boleh menyatakan budi bicara.Sepatutnya penerapan Islam Hadahri itu dipertingkatkan.Perkara seperti inilah yang membawa fitnah pada niat Pak Lah melaksanakan prinsip 10 rukun itu.Bagi saya juga ini satu penghinaan & ketidakpercayaan pihak berkenaan kepada artis & penggiat seni tanah air.Berapa ramai lagi artis Malaysia yang berahklak.Penggiat seni Islam lagilah ramai.Tetapi kenapa ya?Adakah kiartis kita tiada pengiktirafan?

Bagaimana nak patriotik, sementelah penjajah sudah 51 dihalau keluar.Tetapi masih ada pemikiran ala-ala penjajah di era globalisasi ini.Bagi saya Mek ini asalnya dari Kanada.Kenapa perlu dijemput artis Barat?Tidakkah berlaku pengaliran mata wang?Adakah membantu seni musik tanah air?Bagi saya, tidak sama sekali.

Apa pun diharapkan jemaah menteri yang diketuai PM dapat mempertimbangkan bantahan NGO Islam.Tidak lupa juga pada Dato' Sahibus Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, diharapkan dapat segera membantu mengeluarkan fatwa / nasihat seperti mana sesegera kenyataan Dato' menyanggah pendirian Ust. Ramlang Porigi.

Buat seorang abang, pesanlah pada adikya tentang keburukan konsert ini, buat seorang bapa, nasihatilah ahli keluarganya agar tidak bersekutu pada majlis seperti ini.Buat pimpinan masyarakat, berkempenlah dalam ke arah kebaikan.Buat pimpinan agama, berilah petunjuk jalan buat umat yang sedang tercari-cari kebenaran.Buat pimpinan negara, jadikan setiap undi rakyat sebagai satu amanah berat untuk dipikul.Kerana kita semua akan disoal oleh Allah s.w.t tentang apa yang kita buat di dunia ini.Sementelah diberi peluang untuknya.Ruang peluang masih ada untuk kita kembali bertaubat pada Allah s.w.t.Fikir-fikirkanlah, dunia hanya sementara, akhirat jua kekal abadi.


( Video klip di sebuah pub Israel, adakah perlu jadi begini manusia akan menyesal?)

Tiada ulasan: