Isnin, 11 Ogos 2008

Di sebalik pembatalan MOU Al-Azhar, Pindaan AUKU yang diterima..(bahagian 1)


Saya teruja apabila ada ketumbukan mahasiswa di tanah air membentuk Gabungan Mahasiswa 18 IPTS Pembatalan MOU Al-Azhar (BANTAH) walaupun pada dasarnya ianya agak terlewat.Mengikut kronologi, ianya berkuatkuasa 22 April 2008 lalu disamping kenyataan rasmi yang telah dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Al-Azhar pada 3 Mei 2008.Bermula dengan rombongan Kerajaan Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Timbalan Rektor KUIN & Prof. Dr.Abd Aziz pada 25 Mei 2008 dan disusuli pula dengan perjumpaan rektor serta mudir Ikatan Institut Berkembar al-Azhar ( IKBAL) yang diketuai oleh Dr Zawawi Ahmad.Tapi perjumpaan pihak mereka juga tiada sesiapa boleh menjangkakan adakah akan dipertimbangkan atau sebaliknya oleh Majlis Tertinggi Al-Azhar yang diketuai oleh Sheikh Al-Azhar satu lembaga tadbir tertinggi Universiti Al-Azhar.

Pun begitu mungkin ada hikmahnya, memang dari segi teknikal & prosedur pentadbiran ianya boleh dipertikai disebabkan pembatalan tanpa notis.Bayangkan penguatkuasaan pembatalan tersebut dikuatkuasakan pada 22 April 2008 dan dijelaskan melalui Kenyataan Rasmi Pejabat Presiden(Rektor) Al-Azhar pada 3 Mei 2008.
(sila rujuk ;
http://mymkkk.org/zakariaothman/index.php?option=com_content&task=view&id=43.

Sekiranya pihak yang berkenaan mahu ianya disambung kemungkinan maklumat ini akan dimaklumkan kepada (IKBAL) dan kepada Kerajaan Memerintah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dengan awal.Ini tidak, dibiarkankannya menjadi momokan para Azhari tanpa membuat kenyataan rasmi.Kebetulan saya membantu Sekretariat Mahasiswa di sebuah IPT dalam menyampaikan maklumat di sini kepada mereka.Saya sendiri mengetahui perkara ini pada 28 April.Seterusnya saya mencadangkan ajk sekretariat mahasiswa di Malaysia agar menghubungi sendiri KPT melalui pegawainya, En Rushdan untuk bertanyakan mengenai spekulasi tentang pembatalan MOU kali ini.Beliau menjawab sekadar tarikh berkenaan tiada maklumat apa-apa.Disamping urusan pengurasan borang ke Universiti Al-Azhar untuk pelajar Muadalah berjalan seperti biasa.Pelik B. Ajaib.Adakan segala keputusan berkaitan prosedur pentadbiran mengenai pembatalan MOU boleh diperap.Mungkin juga, kan nama pun pembatalan MOU tanpa notis.Kalau ikutkan gazet KPT, pengumpulan borang akan tamat pada 30 JUN 2008.

Bagi saya, sepatutnya kita bermuhasabah.Dalam kes ini semua pihak perlu bertanggung jawab.Sememangnya menjadi tanggung jawab kami mahasiswa untuk menuntut ilmu seterusnya berjaya dan dapat berbakti kepada masyarakat.Tetapi kita tidak harus lupa.Menjadi tanggung jawab pihak berkenaan juga dalam menjaga kebajikan generasi harapan ummah.Tidak dinafikan kalian memang menjalankan tugas dengan baik.Tetapi bukan semua kita sempurna.Pun begitu ada juga pegawai yang cenderung ke arah politik.Jadi apakah tindakan kita sebagai mahasiswa yang profesional.Bagi saya kita dekati mereka.Walaupun terkadang ada yang tidak berpuas hati dengan tindakan ala kepartian mereka.

Harapan saya, dekatilah kami dalam mendengar cadangan serta masalah yang kami hadapi.Sekurang-kurangnya dapat mengelakkan daripada lahirnya mahasiswa yang lebih agresif dalam tindakan.Kerana apa jadi begini?Mereka tidak salah, lahirnya sifat seperti itu apabila segala cadangan, perhatian, keluhan mereka tidak diendahkan.Di satu pihak pula, golongan mahasiswa mestilah sentiasa berlapang dada dalam bermuamalah dengan para pegawai kerana bagi kita di sini, mereka ibarat bapa kita.Kebanyakan cabang dakwah sudah dipelajari.Inilah masanya kita mempraktikkan teorinya.

Pun begitu, kembali ke tajuk asal.Walaupun rayuan kali ke 2 sudah ditolak oleh Al-Azhar.Sekurang-kurangnya pihak yang opoturnis dalam membuatkan pihak Al-Ahar tidak lagi pecaya kepada MOU berkenaan mestilah bermuhasabah.Ianya melibatkan semua pihak.Baik diperingkat KPT, IKBAL, Kedutaan Malaysia Kaherah, JPMK Kaherah, dan yang paling penting mahasiswa yang terlibat khususya diri saya sendiri.Mungkin kerana kelalaian kita maka ada pihak lain yang mengambil kesempatan di atas kelemahan ini.

Selamat Bermuhasabah.

Sila rujuk ertikel berkenaan ;

1) http//gamisdaily.com/blog/?p=797.
2)http//gamisdaily.com/blog/?p=832.
3)http//mymkk.org.zakriaothm/index.php?option=com_content&task=view&id=45






Tiada ulasan: