Rabu, 20 Ogos 2008

Majlis bersejarah buat graduan KUiN..


Lokasi dewan yang akan berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen.
Kenangan sahabat seperjuangan Kuliah Bahasa Arab Tahun 3 sesi 06-07.

Berbaki beberapa jam lagi, maka akan bermulalah Majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Insaniah (KUiN) kali ke-10.Walaupun universiti lain panas dengan isu kemahasiswaannya seperti AUKU, isu kuota yang sempit, isu SRC UIA dengan songkok & jubah konvonya.Tetapi di KUiN, insyaallah akan berlangsungnya majlis graduasi seperti yang dirancangkan dengan baik.

Ucapan Menjunjung Kasih dirafakkan Kebawah DYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mua'azam Shah, Canselor KUiN, Tuanku Raja Muda, Tuanku Abdul Malik di atas kesudian mencemar duli turun bersama rakyat untuk merasmikan Majlis Haflu Takhorruj kali yang ke-10 ini.

Buat Dato' Seri Ustaz Hj.Azizan B. Abd. Razak, Menteri Besar Kedah Darul Aman, Ahli Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Kedah, Ahli Lembaga Pengarah KUiN, Dato' Rektor, Dato' Timbalan Rektor KUiN, Para Pegawai, kakitangan pengurusan, akademik & sokongan KUiN, saya ucapkan selamat menghadiri majlis graduasi pada kali ini.

Penghargaan Selamat Berkonvo & Berkhidmat untuk ummah saya titipkan buat sahabat seperjuangan amnya daripada Kuliyah Tahfiz Al-Quran, Kuliyah Muamalat, Kuliah Syariah, Kuliah Usuluddin dan khasnya buat sahabat sekuliah saya sesi 04-07 Kuliah Bahasa Arab, KUiN.Banyak kenangan kita bersama bila dikenang semula.Tetapi biarlah ianya berlalu.Kerana masa lalu tidak akan kembali semula.

Sebagai renungan bersama, alangkah baiknya jika kalian sempat berjumpa dengan tenaga pendidik (para pensyarah) untuk mengucapkan penghargaan terima kasih di atas keikhlasan mereka mengajar kita.Tanpa mereka siapalah kita.Mohon agar mereka menghalalkan ilmu yang telah dicurahkan.Kerana itulah tanda syukur kita pada Allah.

Perjuangan saya masih panjang...Perubahan Ke Arah Kebaikan.



Tiada ulasan: