Ahad, 17 Ogos 2008

Terkenang Pesko kali ke-9..

Gambar atas 1; tika bersantai di Dewan Santapan.
2 ; Di Dewan Sultan Abdul Halim Mua'azam Shah tatkala forum bermula.

Gaya ala speaker Dewan Undangan Negeri / Dewan Rakyat......



Program pra Pesko KUiN, singkatan daripada perkataan Pesta Konvokesyen KUiN kali ke 10 bermula pada Sabtu yang lalu.Esok adalah hari pembukaan Pesko secara rasmi buat bakal-bakal graduan KUiN yang akan bergraduan pada hari yang mana mereka ditabalkan sebagai graduan siswazah ataupun diploma keluaran KUiN.

Walaupun tahun lepas Pesko yang lebih dikenali dengan Majlis Haflu Takhorruj ini tidak dilaksanakan.Tetapi kali ini semestinya ia menjadi kenangan manis buat mereka yang terlibat.Mana tidaknya jubah graduan baru sahaja dimasyhurkan tatkala ianya ditukar daripada yang lama.Apatah lagi KUiN baru dinobatkan sebagai Kolej Universiti pada tahun 2006 yang lalu.Bagi saya selamat berkonvo buat sahabat-sahabat seperjuangan yang mengenali diri ini.Tidak lupa juga buat Sekretariat Pesko kali ini yang bertungkus-lumus menjayakannya.

Terkenang tatkala pesko kali ke-9 (2006) saya menganggotai Urusetia Bahagian Forum di bawah pimpinan Che Mat Pokok Tai(kawan baik saya Sdr.Zulkifli Mat Ali).Masa tu nak kena hubungi Ustaz Roslan Che Ros, Sheihk Faisol & Ust. Aminuddin untuk panelis forum.Seketika saya mempelajari kos protokol.Yalah, seronok sekali apabila terkenang masa lalu di KUiN.Bila mana saya bersama rakan-rakan yang lain mengedarkan pamplet konvo di sekitar Taman Wira, Taman Utama & Taman Pandan.Bersama Ust. Rahimin untuk menempah banner forum.Yang paling tidak dapat dilupakan apabila saya bersama Sdr. Hafiz Harun (mantan Presiden MPP Kuin) menelusuri malam dengan berkereta sekitar kampung di K.Kedah, Gunung Keriang, Jalan Putera & terakhir sekali di kawasan Pekan Rabu untuk menampal poster pesko.Itu pun sabit azan subuh berkumandang.Kalau tidak...tak tahulaa..

Buat kalian AJK Pelaksana, ini masanya untuk mencari pengalaman kerana ianya tiada silibus dalam bilik kuliyah.Tunjukkan kreativiti kalian dalam berorganisasi.Tahniah di ucapkan di atas kesungguhan anda.

Ianya menjadi satu kemanisan apabila di hari sebenar konvo bila jumlah pengunjung yang hadir begitu ramai.Apa pun ianya pengalaman saya 2 tahun yang lalu.Sekarang ianya tinggal kenangan abadi buat saya.Saya insan biasa.Perlu banyak lagi belajar melalui pengalaman hidup....

Tiada ulasan: