Isnin, 1 Jun 2009

Entah apa?


Bermula 20 Mei lalu fikiran saya beku.Berikutnya pula dada tersa sesak, lusanya demam,Biasalah siptom peperiksaan.Ia satu medan ujian bukan sahaja dari perspekstif fizikal, mental bahkan rohani.Selepas berbincang dengan sahabat & kawan saya ambil keputusan untuk membuat 'SEMBAH MAKLUM' segala pertimbangan kepada ibu- bapa kerana itulah jalan yang terbaik.Tapi bukan 'SEMBAH DERHAKA'.

Ada orang kata blog adalah salah satu cara kita menyampaikan info, pendirian, prinsip, berkongsi, menilai, mengkaji dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul.Tetapi bukan semua masalah boleh kita ungkapkan kepada orang kebanyakan.Kerana kalau tersalah bicara kelak memakan diri.Tetapi kalau mendiam seribu bahasa tanpa berkongsi masalah, bermuram durja, duka nestapa takut nanti mungkin boleh mencapai ke tahap sehingga bercakap, menangis, ketawa sendirian.

Secara peribadi saya suka merungkai segala masalah berkaitan dalam 'Monolog Jiwa' secara olahan umum.Prinsipnya tidak semua masalah peribadi boleh diceriterakan pada semua orang.

Apa pun saya bersyukur kerana masih lagi diberi peluang kerana setiap masalah ada jalan penyelesaian.Kata seorang ustaz saya " dunia tempat kira bicara".

Tiada ulasan: