Jumaat, 7 November 2008

Peristiwa 1 November...

Sheikh Abd. Azim berjubah putih.

Pada 31 Oktober saya bersolat jumaat di Asyirah Muhammadiah Sheikh Zaki Ibrahim, Qatbay kerana selepas itu menyertai Majlis Bacaan Quran bersama Sheikh.Di akhir majlis Sheikh memberi wang sebanyak LE20 kepada saya untuk diagihkan pada 3 orang murid beliau.Cumanya setelah keluar dari rumah niat saya untuk mengagihkan wang tersebut di hadapan beliau.Saya terlupa akan nasihat beliau agar setiap hadiah atau pemberian untuk beliau jangan diserahkan di khalayak ramai, berlah di dalam rumah beliau sendiri kerana perkara tersebut aib bagi masyarakat arab Mesir.Bagi saya tiada masalah kerana duit itu untuk 3 orang sahabat.Tetapi bagi orang awam yang nampak ianya boleh membawa fitnah.Oleh kerana Sheikh mengajar kami tanpa mengenakan bayaran yuran melainkan untuk yang takhassus sahaja mereka dikenakan LE550.

Oleh kerana itu, pada pagi Sabtu yang lalu seperti biasa setelah memberi salam saya terus masuk ke rumah beliau meneruskan rutin mingguan untuk pengajian al-quran.Belum sempat saya duduk saya diberi peringatan oleh sheikh.Semestinya saya akan ingat sepanjang hayat.Kebetulan pagi tersebut ada Majlis Khatam Al-Quran & Penyampaian Sanad kepada Ustaz Nizam.Saya tidak dapat lupakan ketika mana Sheikh membacakan doa serta menyebut nama "Ridzwan", nama timanganku yang diberi olehnya.Ketika itu, sesekali bebola mutiara jernih mengalir dari mata.

Akhir sekali saya memohon maaf kepada Sheikh.Dan beliau mengatakan bahawa jangan lakukan perkara tersebut buat kali kedua.Bagi saya cukup berharga apabila Sheikh memaafkan saya dengan beliau melafazkan سمحنا serta menyebut nama saya ketika berdoa.Itulah menyebabkan hati ini tersentuh.

Sebagai renungan, untuk pengetahuan kalian, di Mesir kebanyakan ulamak di sini apabila mengajar mereka tidak mengenakan bayaran.Sheikh Abd Azim B. Sya'ban B. Sultan adalah salah seorang daripada golongan mereka.Cumanya beliau berpesan jika hendak memberi hadiah atau buah tangan maka semestinya pemberian tersebut diserahkan di dalam rumah beliau.Jika diberi di khalayak ramai dikhuatiri akan menjadi fitnah.Sudahlah beliau mengajar tidak mengambil wang daripada kami, ditakuti orang awam akan katakan bahawa beliau meminta-minta & hidup di atas bantuan anak murid.Sedangkan hakikatnya tidak.Sheikh tidak pernah meminta daripada kami bahkan beliaulah yang memberi wang & menyediakan makanan untuk kami.

Sheikh pernah menceritakan pada masa dahulu beliau memiliki kereta.Disebabkan pernah satu ketika ada orang mengatakan bahawa kereta yang dimilikinya itu adalah hasil daripada wang anak muridnya.Maka terus beliau menjual kereta tersebut.Sehingga sekarang beliau tidak mempunyai kereta.Itulah sifat tegasnya dalam berpendirian.

Semoga kita dapat berkhidmat pada masyaeikh & paling tidak dapat berkhidmat buat ibu-bapa kita.

Tiada ulasan: