Jumaat, 15 Mei 2009

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979


Saya dedikasi khaskan Selamat Hari Guru buat semua golongan pendidik yang tidak jemu-jemu memerah keringat untuk anak bangsa.Khusunya buat :

Para pendidik saya di Sekolah Kebangsaan Sungai Lalang, Bedong, Kedah.
  • Cikgu Azizah (darjah satu)
  • Cikgu Rohani (2)
  • Cikgu Zubir (3)
  • Cikgu Naimah Ijon (4)
  • Cikgu Mahazir ( 5 & 6)
Tenaga pendidik Al-Madrasah Al-Alawiyah Ad-Diniah, Arau Perlis yang kini diketuai oleh En. Ilias B. Kassim sebagai Pengetua.dari tahun (1998-2003).

Begitu juga kepada tenaga pendidik terdiri daripada ustaz & ustazah di pelbagai lapangan di desa maupun kota.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan, sahabat-sahabat & teman yang menjawat jawatan sebagai guru (GSTT), tetap, j-QAF, DPLI baik di sekolah menengah maupun sekolah kebangsaan, baik di lapangan sekolah agama kerajaan negeri maupun sekolah agama rakyat.

Sesunguhnya tanpa kalian siapa lagi akan mengajar ilmu di tempatnya.

Selamat Hari Guru...Semoga Allah memberi ganjaran yang berlipat ganda kepada kalian.

Tiada ulasan: