Isnin, 7 Julai 2008

Keluh kesah, entah mengapa?

Majlis Ramah Mesra bersama Dr. Abd. Aziz B. Hanafi di Rumah Tamu KPP.

Sejak kebelakangan ini, naluri jiwa saya terasa keluh, kesah, sunyi, kekadang sedih pun ada.Tapi mengapa ya?Adakah kerana warkah yang telah dicoretkan tempoh hari?Mungkin juga...Adakah kerana saya tidak menelefon mak, ayah dan tok?Tidak juga, kerana baru 3 hari lepas saya menghubungi mereka semua.Ooo mungkin juga resah menungu natijah peperiksaan akhir di Al-Azhar.Adakah kali ini nasib menyebelahi saya atau tidak.Wallahua'lam.Semoga semua sahabat najah.

Minggu - minggu terakhir dalam bulan ini, sememang mengerunkan mahasiswa/wi Al-Azhar, apa tidaknya, bermula minggu lepas lagi, semua natijah boleh dilihat di kontrol kuliah, itulah bicara sahabat saya dari Mansourah.Kemudian semua keputusan tersebut akan dihantar ke Maktab Tansiq, Hayyu Sadis, Kaherah untuk disahkan.Selepas itu, baru dipaparkan kepada pelajar di cawangan masing-masing secara rasmi.Kemungkinan di akhir bulan Julai ini atau pada awal bulan Ogos, semua natijah akan diketahui umum.

Di sini saya kemukakan amalan-amalan yang boleh dikongsi tatkala jiwa kita terasa gundah gulana dek kerana masalah perbadi ataupun sebaliknya.Selain daripada membaca al-quran, kalian juga boleh mengamalkan bacaan seperti berikut ;

صلوات كاملة / تفرجية

اللهم صلاة كاملة , وسلم سلاما تاما على سيدنا محمدن الذي تنحل به العقد, وتنفرج به الكرب, وتقضى به الحوائج, وتنال به الرغائب, وحسن الخواتم, ويستسقى الغمام بوجهه الكريم, وعلى آله وصحبه في كل لمحة ونفس بعدد كل معلوم لك

*Selawat ini diijazahkan daripada As-Sheikh Ahmad Jamhuri (alim dan guru kepada Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki)dan diijazahkan olehAyahanda Dr. Abd Aziz B. Hanafi pada bulan Jun yang lalu.

Selain menenangkan hati, apabila membacanya berulang-ulang, dengan izin Allah s.w.t setiap hajat akan dipermudahkanNYa.Tetapi dengan syarat kita yakin bahawa Allah akan permudahkan segala hajat kita.


Satu lagi surah amalan yang sempat diterima daripada Tuan Guru saya, Al-Marhum Al-Fadhil Ustaz Shaari B. Ishak(semoga Allah merahmati beliau) iaitu amalan membaca surah Asy_Syarh (Alam Nasyroh) yang dibaca 3 x selepas subuh tatkala jiwa tidak tenang dek terkena panah arjuna.

Sekiranya kalian mempunyai bayi atau anak saudara yang masih kecil, eloklah dibaca surah ini kemudian meniupnya di ubun-ubun kanak-kanak tersebut sambil berdoa kepada Allah agar hatinya dilembutkan dan dijauhi daripada bersifat keras kepala.Selepas itu tawakkallah kepada Allah.Hanya Dia sahaja yang berkuasa.

Selamat mencuba.Saya insan kerdil, ini sahaja yang dapat dikongsi bersama untuk menjayakan misi "Perubahan Ke Arah Kebaikan".


Redho_Elbadry

Perlis Student Hostel,Hayyu 7,Nasr City.



Tiada ulasan: