Ahad, 12 Oktober 2008

Penantian penuh kesabaran....

Rasa gerun, malas, letih, menyampah, tak larat...entah apalagi prasa kata yang sesuai digunakan sekiranya ada urusan yang melibatkan visa di Jabatan Imegresen di Madinah Bu'uth Islamiah berdekatan dengan Abbasiah.Sabtu lalu saya pergi berurusan di sana.

Perasaan tersebut bukan dirasai semua orang, mungkin segelintir sahaja yang merasai keperitan menunggu giliran.Baik untuk penyerahan (taqdim) borang permohonan visa & proses pengesahan untuk tempoh visa pengajian yang dipohon (taslim).Borang boleh didapati di kaunter 7 dengan harga LE 8 sahaja.

Seperti biasa, untuk proses taqdim, setiap pemohon mestilah melampirkan bersama :
  1. Surat pengesahan kuliah (tasdiq),
  2. Sekeping gambar,
  3. 2 salinan pasport,
  4. 2 salinan halaman visa semenjak berada di Mesir sehinggala yang terkini,
  5. 2 salina tasdiq kuliah.
Bayaran dikenakan sebanyak LE 1.Manakala proses taslim akan dibuat 2 minggu atau lebih selepas taqdim borang.

Pagi ini saya sampai agak lewat, jam 8.15 pagi.Setidak-tidaknya pelajar Indonesia sudah beratur panjang di bahagian taqdim.Fuh yoo..2 barisan pula, nasib baik urusan tersebut sudah saya langsaikan 27 September lalu.Alhamdulillah hanya 7 orang sahaja yang sedang menunggu pasport mereka dicop oleh Mama (panggilan untuk mak long yang bertugas di kaunter tersebut).Bayaran dikenakan sebanyak LE 3.10.

Tiba giliran, saya terus menghulurkan pasport untuk pegawai tersebut mencari borang yang telah diserahkan 2 minggu yang lalu.Syukurlah, akhirnya jam 9.04 pagi segala urusan dapat diselesaikan.

Berbeza dengan pengalaman tahun lepas, saya terpaksa beratur dari jam 7.45 pagi sehingga 2 petang untuk proses taslim.Biasalah kalau sudah berada di negara orang.Setiap pengalaman ada keperitan & kemanisannya.Cuma kita sahaja yang menentukan adakah ianya manis atau pahit...

Tiada ulasan: