Jumaat, 26 September 2008

Berfikir sejenak tentang dia..:-(

26 Ramadhan- Seperti selalu, pagi ini slot saya bersama Sheikh Abd. Azim untuk Kelas Talaqqi Quran.Terharu kerana pagi ini dahi saya dikucup oleh sheikh yang disayangi.Moga ada keberkatan daripanya, amin!

Sesi petang, pulang sahaja daripada menghadiri perjumpaan bersama Pemangku Pengarah USMB Pusat di Seksyen 10, mungkin keletihan, selepas selesai sahaja solat asar saya terus merebahkan diri bersantai di atas tempat beradu.Sedar saja, jarum jam menunjukkan pukul 5.30 petang itupun Aizat yang gerak untuk ke Maidah Rahman.Ajakannya ditolak secara hikmah.Setengah jam lagi berbaki untuk waktu mustajab doa tanda akan masuknya masa berbuka.Terus saya berdoa pada masyaeikh, ibu-bapa, almarhumah Mak Ngah, teman yang setia & keluarga, seluruh muslimin & muslimat.Kerana itulah rutin sebelum berbuka.

Entah mengapa kotak minda merawang seketika.Entah apa yang membawa saya berfikir sejenak.Tetiba saja aluan azan berkumandang di ruang udara Kaherah.Air masak menjadi santapan iftor membasahi tekan yang kering.Seusai solat Maghrib kami berjamaah.Fikiran saya sedih bercampur lara.

Terus teringin nak santap roti, telur, salatoh.Terus saya meluru ke kedai berdekatan membeli bekalan tersebut serta jawwafah (jambu) teringin gak untuk buat jus dan bekalan untuk membuat kuih cara & qasidah.

Rupanya sehari lagi genaplah setahun pemergian yang tetap pergi buat pengasuh yang pasti dicintai dan dikenang.Terus saya merancang untuk membuat Majlis Tahlil & Ta'bin buat almarhumah pada malam keesokannya.Kenangan lama usah dikenang.Kerana dengannya air mata jatuh berlinang.Sudah suratan.Tetapi apa bole buat.

Tiada ulasan: