Jumaat, 26 September 2008

Salam Eid khas untuk kalian...

Naluri kata hati...

27 Ramadhan genaplah setahun (mengikut kalender bulan Islam) kepulangan bonda angkat (penagsuhku) kepangkuan Allah yang dicintai.Di keheningan subuh yang muda di pagi 27 Ramadhan yang lalu.Pergi tidak akan kembali.Pengembaraan yang jauh dari sudut hati.Sedihnya hanya Allah yang tahu.Pilunya tidak dapat dirungkai dek lisan manusia.Apa pun sebagai seorang muslim yang bernalurikan hati & perasaan.Wajib beriman tentang perpisahan yang akan menjelma.

Alhamdulillah, kelmarin sempat saya menghubungi kak Ashikin anak almarhumah yang yang bersama-sama ibu kandung membesarkan saya.Seusai solat witir saya adakan Majlis Tahlil & Ta'bin( memperingati jasa baik) ringkas untuk almarhumah.Walaupun rasa sedih sangat.Tetapi hati terasa tenang tatkala sempat saya sediakan kuih cara & qasidah untuk juadah majlis berkenaan.walaupun pun cuma keluarga angkat.Tetapi almarhumah &keluarganya menganggap saya seperti keluarga sendiri.Bayangkan 23 tahun bersama.Cumanya beliau bukan ibu susuan.

Terkenang akannya.Itulah makanan kegemaran kami.Kalau tanya saja saya" Mat D nak makan pa, Mak Ngah nak buat".Saya jawab"Mak Ngah nak teringin nak makan kuih cara".Tu tak lagi gulai rebung rempah giling,daging goreng masam, sayur manis rebung, bubur kacang, serawa labu, nasi tomato, ketupat, pucuk putat..entah apa lagi yang sedap.Sempat belajar cara masak.Itupun bukan semua.Saya banyak terkesan dengan makanan tradisional masakan kampungnya.

Masa di Al-Maad & KUiN kalau balik rumah di Sg. Lalang saja, mesti telifon bagi tau nak balik.Nanti ada saja juadah yang almarhumah akan buat untuk saya.Itulah emak kedua saya.Apa pun saya sempat berkhidmat untuk Almarhumah Mak Ngah.Keranya penting dalam melakar sejarah hidup ini.Bukan keruan selepas tiadanya.Tetapi memang suratan takdir yang terjadi.

Sehari sebelum berangkat ke Mesir, almarhumah hadiahkan saya jam Rolex silver barangan peribadi almarhum suaminya.Saya pelik.Patutlah di lapangan terbang saya tak terungkap lafaz tuk almarumah menjaga kesihatan, kalau ada rezeki panjang umur kita berjumpa.Entah kenapa ianya terdetik di benak fikiran tetapi tidak terungkap dengan kalam.

Saya bersyukur kerana permusafiran Almarhumah tatkala 27 Ramadhan.Bersyukur juga kerana saya masih mempunyai ibu & ayah kandung yang wajib ke atas diri ini untuk berkhidmat padan sehingga ke akhir hayat mereka.Kerana syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu.Siapalah saya kalau tiada mereka.

Semoga roh Mak Ngah sejahtera di sisi Allah, semoga Mak Ngah tenang di Pusara Abadi, Kg. Chegar, Tunjang Kedah.Bersemi kasih, teringat akan senyum tawa, tangis sedih kita bersama.Terkenang tatkala 23 tahun lalu...Semoga Allah merahmati, memberi keampunan buat Mak Ngah, kabulkanlah permohonan hamba yang lemah ini, Ya Allah!

Anak Mak & Mak Ngah,
Redho_elbadry.
Rumah Perlis Kaherah.
27 Ramadhan 1429.

Kalam doa....



Buat sahabat Musab B. Abd. Rahman diucapkan & didoakan Selamat Hari Lahir kali ke 23 & Sanata Helwa ya Gamil.Moga panjang umur, murah rezeki, najah dalam pengajian & dipermudahkan Allah segala urusan di dunia & di akhirat.Kerana setiap tarikh 26 September adalah tarikh lahir beliau.

Tidak rugi setiti abuk pun untuk kita berdoa kebaikan buat sahabat & saudara kita.Kerana malaikat juga turut akan mengaminkan permintaan kita.

Berfikir sejenak tentang dia..:-(

26 Ramadhan- Seperti selalu, pagi ini slot saya bersama Sheikh Abd. Azim untuk Kelas Talaqqi Quran.Terharu kerana pagi ini dahi saya dikucup oleh sheikh yang disayangi.Moga ada keberkatan daripanya, amin!

Sesi petang, pulang sahaja daripada menghadiri perjumpaan bersama Pemangku Pengarah USMB Pusat di Seksyen 10, mungkin keletihan, selepas selesai sahaja solat asar saya terus merebahkan diri bersantai di atas tempat beradu.Sedar saja, jarum jam menunjukkan pukul 5.30 petang itupun Aizat yang gerak untuk ke Maidah Rahman.Ajakannya ditolak secara hikmah.Setengah jam lagi berbaki untuk waktu mustajab doa tanda akan masuknya masa berbuka.Terus saya berdoa pada masyaeikh, ibu-bapa, almarhumah Mak Ngah, teman yang setia & keluarga, seluruh muslimin & muslimat.Kerana itulah rutin sebelum berbuka.

Entah mengapa kotak minda merawang seketika.Entah apa yang membawa saya berfikir sejenak.Tetiba saja aluan azan berkumandang di ruang udara Kaherah.Air masak menjadi santapan iftor membasahi tekan yang kering.Seusai solat Maghrib kami berjamaah.Fikiran saya sedih bercampur lara.

Terus teringin nak santap roti, telur, salatoh.Terus saya meluru ke kedai berdekatan membeli bekalan tersebut serta jawwafah (jambu) teringin gak untuk buat jus dan bekalan untuk membuat kuih cara & qasidah.

Rupanya sehari lagi genaplah setahun pemergian yang tetap pergi buat pengasuh yang pasti dicintai dan dikenang.Terus saya merancang untuk membuat Majlis Tahlil & Ta'bin buat almarhumah pada malam keesokannya.Kenangan lama usah dikenang.Kerana dengannya air mata jatuh berlinang.Sudah suratan.Tetapi apa bole buat.

Rabu, 24 September 2008

Moga panjang umur..

Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke 23 pada tahun ini.Diucapkan buat Akhi Zulhaimi B. Ishak.Didoakan semoga akhi murah rezeki, panjang umur, najah dalam imtihan & dipermudahkan segala urusan di dunia & di akhirat, amin!

Pendengar setia..dlm kegelapan malam.



Anda beruntung kiranya dapat menjadi pendengar setia setiap kali keluhan, rintihan berkaitan masalah yang dihadapi oleh sahabat, teman, kawan yang terdekat.Hal ini menunjukkan bahawa anda adalah salah seorang sahabat rapat yang boleh dipercayai dalam menyelesaikan segala masalah yang berbangkit serta dapat merungkai persoalan yang ternoktah di minda mereka.

Terkadang mungkin ianya melibat masalah peribadi yang berorientasikan percintaan bersegi, kewangan, masalah ibu-bapa, pembelajaran akademik, berpesatuan dan pelbagai lagi kerumitan yang boleh membenamkan jiwa lara.

Persoalannya, siapakah yang mahu melihat sahabat, teman, kawannya dalam keluh kesah?Tidak bagi saya.Semestinya saya mahu semua (happy go lucky).Secara peribadi selalunya analisa yang dibuat seperti mengenal punca masalah.Kedua, mengkaji pro & kontra masalah tersebut.Ketiga, memberi pandangan tentang negatif atau positif setiap keputusan yang dibuat.Terakhir, memberikan peluang kepada yang terlibat untuk membuat pilihan yang terbaik untuk dinatijahkan.

Itu sebab pada mula entri tadi, saya katakan beruntunglah sesiapa yang dapat mendengar keluhan, ceritera hati sahabatnya.Bukan senang untuk orang lain mempercayai kita.Disamping itu, kita mestilah pandai menyimpan rahsia sahabat tadi dalam menjaga kepercayaan yang telah diberikan.Dalam konteks ini kiranya kita menyimpan rahsia sahabat semuslim.Insyaallah di akhirat kelak Allah akan menjaga rahsia kita.

Tidak rugi untuk kita membantu orang lain yang sedang menghadapi kesusahan sekadar yang termampu.Tidak susah untuk kita menjadi pendengar yang setia.Tidak mudah untuk kita merungkai masalah walaupun ianya amat pahit untuk ditelan apatah lagi dijamah.Tetapi jangan dipendam rasa, jangan disimpan di benak fikiran, jangan pula berfikir seorang diri.Kelak membawa merana diri.

Konklusinya, jangan biarkan kalian diruntun jiwa lara.Carilah sahabat yang sememangnya rapat & boleh dipercayai untuk bersama-sama berkongsi masalah.Agar ianya dapat diatasi dengan sebaik mungkin.

Keluhan hati...

Itulah saya..bentuk fizikalnya nampak seperti gah, pandai berbicara, tidak juga, berhujah mungkin tidak, sejauh mana khidmat saya buat ummah entahlah.Praktikalnya kalian sahaja yang boleh membuat penilaian.Sebagai seorang yang junior lagi dalam gerak kerja seharian, saya lebih suka membuat analisa.Apa sahaja permohonan & permintaan orang mungkin akan saya penuhi.Kekadang tidak juga dalam bertelagah dengan rencam yang termampu.

Sikap bersahaja & (low profile) menjadi ikutan.Kerana dengan itu kita dapat mendekati segala permasalah peribadi disamping berkongsi masalah atau bertukar-tukar idea maupun pendapat.

Sukar untuk berdendam apalagi bermusuh.Bukan juga untuk mengampu atau menyokong sebarang tindakan membuta tuli.Kerana sejak dibangku sekolah menengah lagi mungkin saya terkesan maupun diasuh tentang prinsip dan pendirian.Saya katakan bahawa kita mempunyai analogi yang tersendiri dalam memberi pandangan.Tetapi tidaklah pandangan kita sehingga menidakkan pendapat orang lain.Semestinya kita meraikan semua pendapat.Tetapi bilakah pendapat kita akan diraikan?

Sikap cepat mesra juga memudahkan kita dalam menjalinkan persahabatan dan menyampaikan dakwah seharian.Selalunya pendekatan dakwah bil hal itu lebih tampak kesannya walaupun ianya dilaksanakan dalam tempoh tertentu mungkin agak panjang.Selain tidak menafikan kesan dakwah bil lisan.

Saya mungkin mudah diherdik & dikritik?Tidak juga.Kerana setiap teguran mestilah ada cara tersendiri disamping penuh hikmah.Kerana itulah uslub dakwah penting.

Apa pun yang terbaik untuk diri kita dalam mendepani masa yang kian mencabar....

"Perubahan Ke Arah Kebaikan".


Selasa, 23 September 2008

Maaf dipinta...


Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat para pelawat yang sudi menziarahi blog yang tak seberapa ini.Khususnya buat keluarga tersayang di Sg. Lalang, Sg. Petani, sahabat yang berada di Republik Arab Mesir, baik teman yang berada di Kedah.Rektor & staf pentadbiran serta mahasiswa & mahasiswi Kuin khususnya ex siswa/wi Kuliyyah Bahasa Arab sesi (04-08), Kedah, buat tenaga pendidik Al-Maad, Perlis Malaysia dan semua ikhwah & akhawat seperjuangan.

بمناسبة حلول العيد السعيد
أتقدم إليكم بأحر التهاني وأطيب التمنيات
سائلا الله أن يعيد عليكم وأنتم متمتعون بالصحة والسعادة والرفاهية
عيد سعيد كل عام وأنتم بخير
Maaf zahir & batin...

Isnin, 22 September 2008

Semoga Selamat...

22 Ramadhan-Selamat berangkat ke Malaysia didedikasi khas buat Ustaz Khairul Anuar Saad.Keberadaan beliau di sini selama 12 hari adalah sebagai pengiring kepada rombongan mahasiswa/wi baru negeri Perlis ke Republik Arab Mesir.

Disamping melawat mahasiswa yang berada di Jordan & Syria.kami doakan agar ustaz selamat sampai ke Malaysia.Jika ada kekurangan layanan di pihak kami.Mohon dimaafkan segala kekurangan kami.

Kenangan bertaut...

Bersama ulama' yang disegani.Dari kiri, Zul, Al-Ustaz Dr. Zainul Abidin, Amier di tepi Dewan Sheikh Muhammad Abduh r.a, Universiti Al-Azhar.

Seusai urusan pengkuliahan.Sebelum bertolak ke Syari' Talaat Harb di Medan Opera..Sempat kami bergambar diperkarangan Kuliah Syariah, Al-Azhar.Tetiba saya terlihat kelibat mantan pensyarah INSANIAH, Al-Ustaz Dr. Zainul Abidin yang mengajar madah Tafsir ketika saya berada di tahun 1.

Pada mulanya saya menghulurkan salam & bertanya khabar sambil memohon kebenaran daripada beliau untuk bergambar kenang-kenangan bersama Al-Ustaz Dr.Alhamdulillah permintaaan saya diperkenan beliau.Seusai bergambar sempat Dr. bertanya pada saya tentang INSANIAH, terutamanya mengenai kedudukan mantan Rektor KUiN yang dulu yang sekarangnya menjadi pensyarah di Fakulti Usuluddin, KUiN.Sempat juga saya berseleroh sambil merendahkan suara dengan DR. tanda hormat pada beliau tentang Islam Hadhari.Beliau katakan bahawa inya salah satu عناوين من أمريكيistilah /ciptaan Amerika untuk memperbodohkan umat Islam.Tentang ceritera itu biarlah menjadi simpanan peribadi kami.

Di akhir perjumpaan kami, saya memohon agar DR. mendoakan kejayaan kami di dunia & di akhirat.Kerana itulah moto INSANIAH suatu ketika dahulu "Kebahagian Di Dunia & Di Akhirat".

Urusan Kuliah...






21 Ramadhan kemarin saya pergi ke Universiti Al-Azhar untuk membuat urusan pengkuliahan.Sebelum masuk ke universiti saya diminta untuk menunjukkan Kad Pelajar kepada pengawal universiti.Selalunya kalau pelajar bukan arab(muwafidin).kami tidak perlu berbuat demikian.Tetapi hari ini, entah mengapa.SBagi saya, semestinya kad tersebut dibawa.Kerana ianya memudahkan urusan kuliah.Tetapi kali ini bersama saya 2 mahasiswa baru yang sedang menunggu proses kemasukan ke Al-Azhar.Mereka tidak dibenarkan masuk kerana belum mempunyai kad tersebut.Akhirnya mereka terbabit masuk ke dalam melalui pintu belakang universiti.Alhamdulillah mereka boleh masuk & saya dapat mengambil Surat Pengesahan Kuliah tahun 4 di bahagian Hal Ehwal Akademik universiti tersebut.Sempat juga bertanya khabar dengan Ustaz Ahmad Toha penyelaras bahagian mahasiswa tahun 4(syuun).Cumanya segala urusan pendaftaran , yuran dan proses membuat kad pelajar bermula selepas eid, kata Ustaz Ahmad.

Kali ini saya datang ke kuliah dengan 2orang bakal mahasiswa baru yang baru sahaja seminggu berada di sini( Takiyuddin & Mohktar) ditemani Nabil, Amier, Zul.Tujuannya hanya satu iaitu untuk memberi peluang kepada mereka melihat dengan lebih dekat lagi perjalanan pengurusan universiti ini.Baik dari faktor pengurusan di bahagian pengurusan pelajar & bentuk fizikal institusi pengajian ini.

Jumaat, 19 September 2008

I.S.A bercakap...


Kesian depa..ayah ada pun macam tak dak..Suami ada pun dinafikan haknya.

Berilah bantuan ikut kemampuan kepada keluarga mangsa kezaliman ISA undang-undang hutan belantara mana entah yang masih ingin dikekalkan.Tinggalan sang penjajah.Adakah mereka tidak yakin dengan sistem kehakiman yang mereka cipta.Rakyat ditakutkan dengan ISA.Si ayah dipisahkan daripada anak.Si anak dikekang daripada si bapa.Si isteri kehilangan suami.Entah apa lagi yang akan hilang.kasih sayang mereka diragur sebegitu rupa.

Wahai sang pemerintah yang selalu melaung-laungkan ISLAM HADHARI berpaksikan prinsip ke 3 Pemerintah yang ADIL & BERAMANAH.Adakah kalian ADIL dalam menangkap & menghumban tertuduh itu semua ke ISA?Adakah kalian beramanah dalam mengatasi masalah ini?Apakah rasa kalian jika anak kalian sendiri dihumban ke ISA?Apakah perasaan kalian jika suami kalian dicampak ke ISA?Adakah kalian punyai perasaan?ISA ini yang meyatimkan anak-anak mereka.ISA ini menjandakan para isteri.ISA ini juga memisahkan kasih sayang.Kalau ISA boleh bercakaplah, saya kira ISA pun nak bersara daripada mengISAkan manusia tanpa tanpa bicara.

Sudah sampai masanya ISA dimansuhkan.Kerana kita sudah punyai parlimen dalam menggubal undang-undang.Kita sudah punyai mahkamah untuk melaksanakan proses undang-undang.Negara kitakan berdaulat.Sampai masanya untuk Majlis Fatwa Negara mengeluarkan fatwa mengenainya.

Pandangan perbadi saya, gunakanlah sistem undang-undang yang ada.Kalau ianya tuduhan ataupun bersalah sekali pun.Dakwalah mereka di mahkamah awam.Kenapa perlu diISAkan tanpa bicara?Tidak malukah kalian membela nasib Su Kyi kononnya tanpa pembelaan demokrasi, sanggup menghantar wakil diplomat.Tetapi rakyat sendiri diabaikan.Betul bidalan yang berbunyi " Anak sendiri ditinggalkan, tetapi kera di hutan disusukan".

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya mengajak semua yang membaca entri ini agar berdoa kepada Allah agar semua kita diberi keampunan & petunjuk dariNYA.Semoga Allah memberi kekuatan pada mangsa kekejaman ISA serta ahli keluarga mereka.Semoga Allah memberi keampunan & petunjukNYA pada Pemerintah yang hanya berkuasa di muka bumi sementara sahaja.Kita insan lemah.Semua sudah kita hemoi, semua sudah kita bantah, sudah kita harapkan.Entah berapa kren memorandum yang kita hantar.Yang terakhir sekali hanya kepada Allah jualah kita persembahkan Memorandum untuk kebaikan ummah.

Hulurkanlah bantuan baik segi kewangan atau barangan kepeluan harian.Ketahuilah seringan-ringan bantuan adalah doa buat mereka.Sesungguhnya doa orang yang dizalimi tidak ada hijab di antaranya & Allah s.w.t.Maka takutilah doa mereka.Usahlah kita berdoa balads dendam kepada mereka.Cukuplah sekadar doa hidayah buat pihak yang berkuasa.Kerana itulah tanda hikmahnya kita.Hari ini kita bebas.Tapi bukan selamanya kita akan bebas.Kerana setiap kita akan pulang kepada Sang Pencipta seantero makhluk iaitu Allah s.w.t.

Ingatlah di dunia tempat kira bicara & bertolak ansur.Tetapi bukan di akhirat.Kerana di sana Tuan Maha Menghakimi akan membicara kes dengan seadil-adilnya.Peguam cara adalah para malaikat.Peguam bela kita adalah amalan kita sendiri.Manakala barisan pendakwa iaitu segala rekod catatan Roqib & Atiq.Di dunia bolehlah kita main drama.Boleh menang pelakon terbaik.Tetapi tidak di sana.Marilah kita bertaubat kepada Allah s.w.t.Bersempena dengan pertengahan Ramdhan yang dipenuhi keampunan Allah s.w.t marilah kita menginsafi segala kelemahan kita.Kita insan biasa ang mempunyai 1001 kelemahan.

Kalaulah ISA boleh bercakap.Dia pun tak kepingin dan tak hingin nak ISAkan mereka yang terlibat.

*Segala penulisan ini penulis kongsikan kesedihan bersama mangsa-mangsa ISA & keluarga mereka sebagai tanda sokongan.Ini adalah pandangan peribadi.Ianya bukan dari mana-mana pihak bukan juga berbaur politik.Tetapi ini adalah hakikat kezaliman yang perlu disedari oleh ummah.

Khamis, 18 September 2008

Sahabat


Seorang sahabat apabila berjauhan dia akan menangis kerana rindu & apabila dekat ia akan menangis kerana takut berpisah.Jika hari ini ia datang, jangan biarkan ianya berlalu pergi.Jika esok ia bertandang, jangan diharap ia kembali lagi.

Sesungguhnya yang indah itu persahabatan dalam ISLAM, yang manis itu apabila saat getir dirasai bersama, yang pahit itu adalah perpisahan, yang tingal hanyalah kenangan.Hilangnya seorang sahabat, ibarat hilangnya sebelah tangan.Lukanya boleh diubati, tetapi hilangnya sahabat sukar dicari galang peganti.

Segala rahsia disimpan bersama.Jauh di sudut hati untuk mengeksploitasikanya.Segala masalah duka lara & susah senang dikongsi bersama.Setiap permintaan, kiranya mampu dihulur bantuan.Jika sebaliknya ditolak secara berhikmah.Setiap keluhan diatasi bersama.Itulah dia sahabat.

Bukan semua sahabat ada sahabat yang ramai.Paling kurang setiap kita ada seorang sahabat yang setia mendengar rungutan.Yang dapat meyakinkan kita tatkala ada ribut yang melanda.Begitu juga dengan kita.Adakah kita dapat menjadi sahabat yang baik?

Oleh itu, kawan mudah dicari.Saat gembira semua didekati.Teman susah dipujuk.Tatkala senang kita dicari.Tetapi seorang sahabat nilainya lebih baik dari ribuan kawan apatah lagi lawan.Kerana nilai persahabatan itu rukunnya perkenalan, persefahaman & pertolongan.Inilah yang dianjurkan oleh As-Syahid Imam Al-Banna.

Mengungkapnya secara lisan memang semudah bicara.Tetapi pengamalannya sukar sekali.Saya tidak dapat membuat klafikasi tentang diri ini.Melainkan kalian jua yang menjadi cermin penyuluh diri ini.Setiap masalah ada penyelesaiannya.Kerana dunia ini tempat kira bicara dan ahkirat jualah tempat kita kembali pada Allah.

Isnin, 15 September 2008

Majlis Iftor & Khatam Al-Quran....


Alhamdulillah, pada malam 14 Ramadhan yang lalu saya bersama Ust Khairul Anuar, Ust Asri serta sahabat yang lain menghadiri Majlis Iftor & Khatam Al-Quran yang dianjurkan oleh Ayahanda Fadhilatu Sheikh Abd. Azim B. Sya'aban.Majlis tersebut diadakan di rumah Ust Ahmad iaitu sahabat sheikh berekatan dengan Asyirah Muhammadiah Sheikh Zaki Ibrahim di Kaherah.

Majlis bermula seawal jam 5 petang dengan tadarus Al-Quran, iftor jamaie, solat maghrib berjamaah, Majlis Khatam Al-Quran, tazkirah ringkas disampaikan sheikh tentang kepentingan Al-Quran, penyampaian ijazah sanad Al-Quran, doa penutup serta solat insya' berjamaah.Majlis diakhiri dengan ucapan penghargaan terima kasih oleh Ust Ahmad selaku tuan rumah di atas kesudian kami datang ke rumah beliau.

Yang tidak dapat saya lupakan & amat terharu adalah Sheikh Abd. Azim sendiri bersama mama(panggilan ibu) untuk zaujah sheihk yang menyediakan juadah berbuka termasuklah ruz billaban(dadih nasi),nasi daging & kuah kacang (ful).

Semoga Allah memberkati & memberkati segala amalan Sheikh serta keluarga beliau, amin....

Ahad, 14 September 2008

Pilihan Hati?



Pilihan hatilah katakan,mestilah cantik, sederhana,lawa,sepadan & tak dapat diungkap dek lidah...


Kalau ada jodoh tidak kemana.Kalau ada rezeki ia sentiasa ada.Kalau sudah takdir Allah ia pasti terjadi.Kalau sudah ketetapan azali apa boleh buat kerana kita insan biasa.

Entri kali ini tiada kaitan dengan jodoh bagi bakal pasangan suami & isteri tetapi ianya jika mengikut kamus dewan edisi ke 3 mengikut makna ke 4 ; sesuai, sama padan, setuju & secocok.

Seorang sahabat yang bermusafir ke Yaman pohon untuk saya buat pilihan Kain Sebai (shal) yang sejodoh atau sesuai dengan saya.Maka saya buat pilihan hati mengikut minat & kesukaan mendalam kepada warna hijau.Warna itu sahaja yang berkenan.Kalau tak ada , tidak mengapa.

Insyaallah akhir bulan ini saya dapat bertemu Fauzi yang akan pulang dari Yaman.Sambil membawa barangan yang telah dipesan padanya tempoh hari.Semoga Akhi Fauzi selamat sampai & dipermudahkan Allah baginya segala urusan, Amin!

Blog...



Pada malam 13 Ramadhan lalu, kesempatan masa senggang saya gunakan untuk menghantar kawan (Bang Mat Junihar) pulang ke Malaysia.Beliau pulang dengan kapal erbang Egypt Air pada 3.50 pagi.Sesusai beliau masuk ke balai berlepas, kami hanya menunggu telefon daripada beliau adakah barangan dibawanya melebihi had atau tidak.

Sambil menunggu, saya terserempak dengan sahabat lama.Seorang daripada mereka sempat menyapa tentang natijah peperiksaan saya.Tak kurang juga seorang daripada mereka tentang blog Monolog Jiwa ini.sambil berseleroh beliau katakan " nampak macam nak promosi diri ja dlm blog tu".Sambil tersenyum saya katakan "besa la".

Perlu saya jelaskan di sini bahawa konsep blog adalah pelbagai.Antaranya konsep blog seperti berikut ;
  • Konsep peribadi yang merangkumi aktiviti harian.
  • Kajian ilmiah yang mengikut disiplin ilmu.
  • Berorientasikan agama, politik, sosial, akademik, ekonomi dan sebagainya.
  • Ada juga yang merangkumi semua konsep di atas.
Blog "Monolog Jiwa" ini pula harus difahami bahawa saya kongsikan bersama kalian tentang aktiviti di Perlembangan Nil ini, politik kemahasiswaan, pengalaman berpesatuan, sosial kemasyarakatan setempat.Walaupun bukan semua entri saya bersifat sehala sahaja.

Pun begitu kalian berhak menilai, berkongsi pengalaman, memberi komen & saran untuk blog ini dalam "Cetusan Hati".Terpulang jika kalian ingin katakan promosi diri atau tidak kerana setiap blogger ada cara tersendiri dalam merungkai dan mengungkap apa yang mereka ingin ceriterakan dalam blog tersebut.

Apa pun kata kuncinya jadikanlah blog ini satu wasilah untuk menyampaikan dakwah & info kebaikan untuk "Perubahan Ke Arah Kebaikan".

Mahasiswa Baru....


Alhamdulillah pada 11 Ramadhan bersamaan 11 September yang lalu, saya sempat menyambut ketibaan 10 orang mahasiswa / wi beserta seorang pengiring di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ( Mator Jadid).Setelah 2 bulan kami merangka & merancang segala aktiviti serta sambutan ini.Kehadiran kali ini seramai 4 orang mahasiswa & 6 orang mahasiswi serta Ust. Khairul Anuar sebagai peniring rombongan tersebut.

Mereka sampai di sini setelah semalaman transit di Bahrain pada jam 12.00 tengah hari.Selamat keluar dari balai ketibaan kira-kira jam 1.30 petang.Alhamdulilllah pada kali ini mereka sampai dengan selamat.

Sesampainya di Rumah Perlis Kaherah, mereka diraikan dalam Majlis Ringkas bersama pimpinan Mahasiswa sini.

Harapan saya semoga mereka dapat iltijam & komitmen dalam proses menuntut ilmu di sini.

Selasa, 9 September 2008

Kuih Tradisional....




Pada awal Ramadhan lalu, tegerak hati untuk cuba membuat bahulu.Tetapi tidak mengena.Bahkan keras.Mungkin tiada pengalaman maklumlah kali pertama.Alhamdulillah minggu lepas (Rabu) saya cuba membuat Kuih Cara.Ini adalah makanan kesukaan sejak dari kecil lagi.Kuih ini ada dua jenis.Satu yang jenis bergula.Sejenis lagi yang berinti daging kari.

Yalah, bila mak tanya nak beli apa jika di Bazar Ramadhan.Saya katakan " nak kuih cara".Begitu juga saya akan meminta Almarhumah Mak Ngah buatkan kuih ini sambil melihat bagaimana cara pembuatannya.

Berbekal nasihat sahabat Rafis & Rosman, akhirnya terlepas juga saya dari kempunan di bumi nil ini menikmati kuih kegemaran saya.Ayaq tangan sendiri oiii...nasib baik menjadi.Puas rasanya dapat membuat kuih ini.Cara penyediaannya pun mudah.



HaSruN,....


9 September adalah hari istimewa buat sahabat saya, Mohd Hasrun B. Mohd Noor.Tarikh yang menunjukkan bahawa genaplah 23 tahun umurnya.Sekarang beliau menetap di Jengka Pahang Darul Makmur.

Sahabat sekuliyah tika di KUiN sesi 2004-2007 dan beliau berkesempatan turut bergraduasi pada konvo KUin yang lalu.

Sempat saya mengungkapkan dalam sms padanya selepas subuh tadi "Selamat Menyambut Ulang Tahun kali ke 23, moga panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan permohonan mencari kerja & jodoh, Amin!".

Sesungguhnya kenangan ketika di alam kampus amat manis sekali jika dikenang air mata jatuh berlinang tanda gembira tika itu.Semoga Allah memudahkan urusan kita di dunia & akhirat.

Ahad, 7 September 2008

6 September...

Genaplah setahun saya di Perlembangan NIL ini...

(bersambung,nak g Ain Siroh ngn kawan untuk ujian memandu motor di Pejabat Trafik Ain Siroh, Fustat, Madinah Qaherah qadimah).

Moga Allah Memudahkan kalian...



Hari ini 8 Ramadhan bersamaan 8 September, sahabat saya dari Mansurah khususnya dari Kuliyaah Bahasa Arab akan menduduki peperiksaan ulangan (imtihan tasfiah).Ada dikalangan mereka dalam madah Nusus, Adab Islami & Naqdul Adabi.Buat Mohd Shafiq, Zulhaimi, Hamdi Salim serta sahabat-sahabat yang akan menduduki imtihan ini, Selamat Bertimtihan saya ucapkan.

Saya doakan agar Allah memudahkan urusan kalian dalam menjawab segala soalan, tenang tidak gementar ketika menjawabnya.Semoga kalian dapat pulang ke Malaysia selepasnya dalam berkhidmat untuk ummah, amin!

Rabu, 3 September 2008

Kalian adalah yang terbaik...


Semua barisan calon ini adalah daripada kalangan yang terbaik untuk Pimpinan MKKK sesi ini.Cumanya terpulang kepada ahli yang akan membuat penilaian & pemiihan ke arah kebaikan semua pihak.Kalau tidak masakan mereka sanggup mengambil amanah untuk mengisi borang calon pemilihan AJKT & UNIT HEWI MKKK sesi ini.

Apa pun pengalaman dan "track record" memainkan peranan penting sebagai penanda aras kepada ahli untuk memilih kalian.Jika sebelum ini semua calon mudah mendekati ahli, mesra sahabat dan peduli ahli.Maka satu jaminan dari saya, kemungkinan besar anda akan dipilih.Bagi saya, majoriti ahli (pengundi) mahukan bahawa pemimpin yang dapat mewakili suara mereka dalam menjaga kebajikan.Disamping mereka juga mahu pemimpin mudah mendekati ahli.Itu sudah memadai sebagai asas utama.

Walaupun kalimah "perubahan" amat menggerunkan sesetengah pihak.Bagi saya itu tidak penting.Tidak dinafikan bahawa slogan juga antara faktor psikologi kayu ukur.Yang paling penting bukan slogan.Tetapi kerja buat kalian selepas dipilih.Itu yang akan dinilai.

Satu keyakinan yang dapat saya katakan bahawa kalian mesti bijak mendekati ahli.Walaupun bukan selalu.Kita faham bukan semua pimpinan ada masa yang terluang.Tetapi jadikannya sebagai waktu senggang yang terbaik untuk menyelesaikan pelbagai tuntutan masa.

Selamat Berkempen & Mengundi untuk sidang MAT kali ini.


MAT


Keesokan pagi -4 Ramadhan, seusai pengajian talaqqi dengan Sheikh, saya akan bergegas pula ke Dewan Besar, Dewan Malaysia Abassiyah, Kaherah untuk mengikuti sidang Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke - 41 Majlis Kebajikan Keluarga Kedah (MKKK).Ianya program wajib tahunan yang dianjurkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Agung MKKK.

Berbekalkan no. MKKK 3930, Ahli Tetap.Maka saya boleh mengundi & diundi serta boleh membuat sebarang usul, soalan bertulis atau soalan lisan pada MAT kali ini.Apa pun ianya mestilah mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Undang-Undang Dasar MKKK pindaan kali ke-13 sesi 2006/2007.

Dengan bertemakan Kesatuan Mahasiswa, Keizzahan Ummah.Insyaallah jika ada kesempatan nanti saya akan membuat ulasan sepanjang perjalanan MAT kali ini secara peribadi.Oleh kerana ini kali pertama saya mengikuti MAT sesi ini.

Cumanya pada kali ini, skopnya secara perwakilan yang dibahagikan mengikut cawangan masing-masing.

Selamat bersidang buat para perwakilan MAT sesi ini.Gunakan kebijaksanaan dan penilaian akal budi untuk membuat sebarang penentuan atau pemilihan pada MAT kali ini.Berfikir sebelum bertindak.Sebarang maklumat sila layari www.mymkkk.org.

Isnin, 1 September 2008

Penantian?


Sebentar tadi sempat saya menghubungi seorang sahabat rapat di Malaysia.Dia ada bertanya tentang apakah pengertian bagi entri saya terdahulu yang bertajuk "Penantian yang tertunda" bertarikh 25 Ogos yang lalu.

Jawapan saya ringkas sahaja.Saya katakan bahawa sudah ada lampu, sudah dapat lampu yang bercahaya hijau, merah, kuning.Tapi kali ini saya dapat warna hijau.Cumanya cahaya tidak nampak lagi kerana di sana ada tempoh yang perlu saya lalui dalam alam yang gelap.Cuma tempoh itu satu peluang yang diberikan untuk saya mencari ilmu & pengalaman hidup.Belum ada jawapan ke arah itu.Cumanya satu penundaan.Itu sahaja.Apabila terdengar ceritera hati demikian, sahabat saya tadi ketawa kecil.

Itu sahaja yang dapat saya ungkapkan dalam entri kali ini.Bagi saya, apa yang berkaitan dengan cerita peribadi bukan semuanya boleh dikongsi pada umum.Petua saya mudah.Saya katakan bahawa sekiranya ita ada masalah peribadi; pengajian, kewangan, percintaan, kekeluargaan ataupn yang berkaitan.Ingatlah bahawa Allah sebaik-baik Pendengar kerana Allah Maha Pendengar dan Penolong.

Makhluk mungkin lemah, tetapi tidak salah untuk kita kongsikan sebarang masalah tersebut dengan sahabat kita yang paling rapat & boleh dipercayai.Atau boleh juga dimaklumkan pada orang yang berpengalaman.Kiranya ada masalah tentang pengajian.Terus berjumpa sahabat yang berjaya dalam pengajian.Jika ada kekurangan dalam perbelanjaan, mohon pertolongan dengan sahabat yang mampu.Tetapi jika berhutang.Ingat bahawa pembayarannya mestilah segera.Dikhuatiri akan menyusahkan tuan pemiutang.Jika terlewat bayar, maklumkan padanya.Kalau ada masalah tentang percintaan / perkahwinan.Silakan bertanya dengan orang yang sudah berkahwin tentang cara & petua untuk bahagia dunia akhirat.Ingat perkahwinan bukan semudah salin pakaian.Ianya satu amanah yang amat besar.

Apa pun masih ada peluang dalam membuat yang terbaik dalam hidup ini untuk satu keyakinan yang ditunggu-tunggu.Ingat masa muda mesti dipergunakan sebaik mungkin untuk bekalan di hari kemudian.

Perubahan Ke Arah Kebaikan.


Pilihanraya...






Saya berkesempatan mengikuti Majlis Suai Kenal dan Pembentangan Manifesto Calon Ahli Jawatankuasa Tadbir & AJKT Unit HEWI, Majlis Kebajikan Keluarga Kedah MKKK sesi 2008/2009 pada 29 Ogos Yang lalu bertempat di Rumah Kedah Baru.

Saya bukanlah orang yang berpengalaman dalam persatuan.Tetapi atas dasar minat dalam iklim politik kenegaraan menyebabkan saya tidak ambil mudah dalam sistem politik kemahasiswaan atau kampus.Cumanya suasana kampus di Malaysia mungkin tidak sama dengan di sini.

Apa yang saya dapati, rata-rata calon dapat menguasai majlis dengan baik disamping mereka menyatakan komitmen dalam pelaksanaan manifesto masing-masing sekiranya mereka terpilih.Tidak lekang pula yang menyatakan pembaharuan, perubahan, penyambung perjuangan dan majoritinya bersetuju ke arah menjaga kebajikan mahasiswa / wi Mesir.

Bagi saya, mudah sahaja, buat yang terbaik nyatakan visi untuk mahasiswa yang penting mekanisma pelaksana mesti ada.Bukannya kita berkempen memburukkan calon lain.Mempertikaikan isu peribadi.Bukan apa, sebab semua ada kelebihan masing-masing.Gunakan kesempatan ini untuk berkempen.Kiranya dulu kalian di bawah, mungkin kalian nampak isu atau masalah berkaitan.Nah sekarang kalian bakal mewarisi kerusi panas itu.Yang terbaik untuk kalian kerana mahasiswa sekatrang sudah bijak membuat pertimbangan.

Apa pun selamat berkempen dengan jayanya sehingga hari pembuangan undi pada 4 Ramadhan bersamaan 4 September ni di Dewan Malaysia Abbasiah.

Sila layari ; http://sprmkkk.blogspot.com.



Selamat mengundi...

Ramadhan Karim...Allahu Akram..

Tatkala saf Tetamu Kehormat mengambil tempat.
Ketika di Ruang Legar Pusat Konveksyen Al-Azhar, Kaherah.


Alhamdulilah, Sabtu lalu sempat saya & sahabat menghadi bawah seliaan Presiden Republik Arab Mesir melalui Pejabat Darul Ifta' bawah kelolaan Al-Imam Al -Alamah Dr. Ali Juma'ah Mufti Negara Mesir di Pusat Konveksyen Al-Azhar bersebelahan Majma' Bu'uth Islamiyyah.

Majlisnya turut dihadiri oleh Al-Imam Al-Akbar Sheikhul Al-Azhar, Fadhilatus Sheikh Dr Syed Tantawi, Dr. Nasr Farid Wasl, Mantan Mufti, Dr. Hamdi Zaqzuq, Menteri di Kementerian Waqaf dan seorang lagi Menteri di Kementerian Kehakiman Mesir.

Pengisian yang ringkas & padat.Sekadar bacaan ayat suci al-quran daripada Sheikh Nai Naq, Qari terkenal Mesir dan seterusnya pengumuman mengenai tarikh berpuasa oleh Fadhilatus Sheikh Al-Imam Al-Alamah Dr. Ali Juma'ah.

Harapan saya agar Ramadhan kali ini dapat mengubat hati tatkala manusia sedang tercari-cari kebenaran.